Kelas E-Learning (Kuiz ulangkaji)

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 22 June 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu kuiz ulangkaji bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mengulangkaji pelajaran mereka menggunakan kemudahan internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar mengulangkaji pelajaran menggunakan kemudahan internet dan mendapatkan soalan-soalan ulangkaji di lawan sesawang seperti www.proprofs.com yang banyak menyediakan soalan ulangkaji untuk pelajar daripada sekolah rendah hingga pelajar pengajian tinggi. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan kuiz seperti kuiz sains yang diberikan semasa kelas berlangsung dan dalam masa yang sama memberi lebih pemahaman kepada peserta terhadap pembelajaran mereka ketika di sekolah.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali